Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 13 Jun 2011

PATI mula pulang berhari raya




JOHOR BAHRU - Keinginan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia pulang ke kampung halaman untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri dipercayai menyebabkan kegiatan menyeludup keluar semakin aktif kebelakangan ini.

Ini terbukti apabila Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Dua berjaya menahan 123 PATI di beberapa kawasan di sini yang menjadi tempat persembunyian PATI dalam tiga operasi berasingan sejak minggu lalu.

Komander PGM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Zainul Abidin Hasan berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 10.40 malam 11 Jun lalu, polis menahan 38 lelaki dan enam wanita rakyat Indonesia di kawasan jirat Cina Kampung Bukit Gelugor, Sungai Rengit di Pengerang di sini.

"Mereka ditahan selepas pihak kami menahan sebuah lori dipandu lelaki tempatan dipercayai tekong darat dan mendapati seramai 44 orang yang tiada dokumen sah berada di bahagian belakang kenderaan tersebut.

"Lori berkenaan datang dari arah Sungai Tiram menuju ke Sungai Rengit untuk menghantar PATI yang ingin pulang awal bagi menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Susulan itu, katanya, PGM mengadakan satu lagi serbuan di tempat yang sama keesokan harinya dan menemui 52 orang sedang bersembunyi di sebalik semak-samun di kawasan terbabit.

Tambahnya, mereka yang berusia 17 hingga 55 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.

Tambah beliau, tiga hari sebelum itu, PGM menahan 27 PATI yang cuba menyeludup keluar dari Jeti Tanjong Lompat, Kota Tinggi untuk ke Batam, Indonesia.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular