Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 13 Jun 2011

5 penyokong bola ditahan

Mohan Singh Tara Singh menunjukkan rampasan dadah diperoleh ketika perlawanan akhir Piala FA di Ibu Pejabat Polis Cheras, Kuala Lumpur, semalam.




KUALA LUMPUR - Lima penyokong ditahan kerana cuba membawa masuk senjata berbahaya, dadah selain terlibat dalam pergaduhan ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala FA di antara Kelantan dan Terengganu, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam semalam.

Tiga daripadanya didapati membawa senjata berbahaya dan dadah yang disembunyikan dalam beg masing-masing ketika pemeriksaan di pintu masuk stadium.

Dua lagi yang merupakan penyokong kedua-dua pasukan ditahan selepas perlawanan kerana menggunakan senjata berbahaya ketika bergaduh dipercayai berpunca daripada perselisihan faham.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh, kesemua yang ditahan itu berusia 21 hingga 35 tahun dan direman tujuh hari bermula semalam hingga 17 Jun ini.

"Antara barangan dirampas adalah beberapa peket ganja, air ketum, pisau yang diubah suai seperti pen serta pemutar skru yang disimpan dalam botol air mineral dalam dua beg berasingan.

"Selain itu senjata buku lima ditemui daripada salah seorang penyokong bola sepak yang terlibat dalam pergaduhan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempur dan Seksyen 7 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata berbahaya.

Katanya, tiada kecederaan atau kerosakan harta awam dilaporkan tetapi banyak botol air mineral yang dibaling penonton-penonton bersepah di atas padang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular