Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 16 Jun 2011

51 laman web kerajaan kena godam





KLUANG - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bekerjasama dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta agensi antarabangsa bagi menangani serangan penggodam terhadap laman web kerajaan yang dibimbangi menggugat keselamatan negara.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dipertanggungjawabkan untuk menangani kes itu dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Saya bimbang data dan maklumat itu pun boleh menjadi bernilai kepada sindiket tertentu dan pengganas yang mungkin mengancam ketenteraman dan keselamatan rakyat serta negara.

"Kita memandang serius perkara ini. Kita akan bekerjasama rapat dengan SKMM dan telah mengarahkan bahagian jenayah komersial untuk menangani hal itu serta cawangan khas dan unit risikan turut mempunyai rangkaian antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan, Jabatan Penjara di Kompleks Penjara di sini hari ini.

Menurut SKMM, sebanyak 51 laman tempatan telah digodam sehingga awal pagi ini menyebabkan sebanyak 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza.

Serangan itu berlaku ekoran kenyataan sebuah kumpulan dikenali 'Anonymous' untuk menggodam laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my semalam dengan alasan kononnya kerajaan mengenakan sekatan Internet.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular