Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 1 Jun 2011

Anuar Zain dipilih terima anugerah khas Oxford Centre for Leadership





KUALA LUMPUR - Penyanyi Anuar Zain, 40 dipilih menerima anugerah khas sempena pencapaiannya dalam bidang muzik dari Oxford Centre for Leadership (OXCEL) pada Majlis Anugerah Oxford di London pada 6 Jun ini.

Penyanyi yang kini sedang popular menerusi lagu Sedetik Lebih itu berkata, anugerah Khas itu diberikan selepas menilai kredibiliti Anuar kerana pencapaian yang mengagumkan sepanjang 28 tahun dalam bidang seni.

"Saya menerima surat daripada OXCELl sebulan lalu dan secara jujurnya saya terkejut kerana ada pihak luar yang begitu prihatin terhadap sumbangan yang saya berikan sepanjang hampir tiga dekad dalam bidang seni.

"Mereka membuat penyelidikan mengenai kerjaya seni saya yang bermula sejak saya kecil sehinggalah sekarang.

"Walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi namun saya terharu kerana ada pihak yang mengiktiraf sumbangan saya. Saya menyifatkan anugerah ini adalah pengiktirafan paling tinggi yang pernah saya peroleh," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media konsert Up, Close and Personal With Anuar Zain yang diadakan di Menara Kuala Lumpur, di sini petang tadi.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Zuraidah Mohd Said.

Kata Anuar lagi, beliau akan terbang ke London pada 5 Jun ini bersama pihak pengurusannya dan akan berada di sana selama dua hari bagi menghadiri acara rasmi yang sudah pun diatur oleh pihak OXCEL.

Sebelum ini penyanyi utama kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU pernah dipilih oleh OXCEL sebagai penerima menerima Anugerah Kreativityi Muda sewaktu Majlis Anugerah Oxford kali kedua, empat tahun lalu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular