Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 3 Jun 2011

Anwar elak hadiri Muktamar Pas

REAKSI sebahagian perwakilan yang hadir pada perasmian Muktamar Tahunan Pas ke-57 di Markas Utama Pas, Taman Melewar, Gombak, semalam.




KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat terpaksa mengelak menghadiri Muktamar Pas untuk membantu calon-calon yang pro kepada beliau menang pada pemilihan parti kali ini.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, ini kerana Anwar sangat menyedari kelibatnya akan menimbulkan rasa kurang senang perwakilan yang tidak menyokong kumpulan Anwarinas.

"Anwar sedar bahawa beliau hari ini menjadi liabiliti dan faktor yang bakal menyumbang kepada kekalahan calon-calon yang dilihat pro kepada beliau.

"Beliau juga sedar wujudnya arus yang kuat dalam Pas yang berasakan Anwar telah memalitkan kesan negatif berikutan skandal seksnya sekali gus membina persepsi umum bahawa Pas bersetuju dengan perbuatan terkutuknya itu," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ketiadaan Anwar sepanjang Muktamar Pas yang sedang berlangsung ketika ini kerana kononnya mempunyai urusan di luar negara.

SD Johari menambah, apa yang dilakukan Anwar itu adalah sesuatu yang luar biasa kerana beliau kebiasaannya akan turut sibuk setiap kali berlangsungnya Muktamar Pas lebih-lebih lagi sekiranya ada pemilihan.

Ini kerana kata beliau, Anwar awal-awal lagi akan mengatur dan menyusun calon-calon yang pro beliau untuk memenangi jawatan dalam parti seterusnya mengukuhkan sokongan Pas terhadap beliau.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular