Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 25 Jun 2011

Awas: Jangan Guna Hp waktu petir !!!





JERTIH - “Selepas ini saya akan tutup telefon bimbit ketika petir kerana takut kejadian sama berulang. Tetapi, saya tidak serik menggunakan telefon,” kata pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra, Hulu Besut, Mohd Sahadam Nik Mar, 17, yang paling teruk tercedera terkena petir dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang di Kampung Durian Telor, Hulu Besut, Rabu lalu.

Bagaimanapun, pelajar itu yang semakin stabil masih dirawat di Hospital Besut mengakui ketika kejadian, dia sedang menggunakan telefon bimbit dan berdiri di atas wakaf tempat dia dan rakannya berteduh.

“Sebaik sahaja dipanah petir, saya tidak sedarkan diri dan hanya sedar ketika berada di unit kecemasan Hospital Besut.

“Sebelum kejadian, saya melepak di situ beberapa rakan tetapi ketika hendak pulang tiba-tiba hujan lebat membatalkan hasrat kami untuk pulang.

“Saya hanya tahu terkena panahan petir selepas dimaklumkan doktor yang merawat,” katanya semalam.

Mohd Sahadam berkata, berikutan kejadian itu, dadanya masih terasa sakit selain tidak dapat tidur sejak kelmarin dan doktor akan membuat pemeriksaan lanjut ke atas dirinya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular