Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 11 Jun 2011

Bekas guru dijel kerana setubuhi pelajar



SINGAPURA- SEORANG bekas guru sekolah menengah dihukum penjara 10 bulan kerana mengadakan hubungan seks dengan seorang pelajarnya di bawah umur. Lelaki berusia 25 tahun itu tidak boleh dinamakan demi melindungi identiti pelajar perempuan berumur 16 tahun itu.

Dia guru darjah pelajar tersebut, yang ketika itu berusia 15 tahun.

Mahkamah diberitahu bahawa awal tahun lalu guru itu bertukar-tukar nombor telefon dengan pelajar tersebut apabila dia harus mendapatkan surat penjelasan daripada ibu bapanya sebab tidak hadir ke sekolah beberapa hari.

Mereka kemudian pergi menonton wayang pada Mac tahun lalu dan menjalinkan hubungan intim. Dua dua bulan kemudian, guru itu pergi ke rumah pelajar tersebut dan mengadakan hubungan seks dengannya.

Mereka memutuskan hubungan itu Jun tahun lalu.

Hubungan itu terdedah apabila seorang rakan pelajar itu terjumpa gambar mereka berdua-duaan dalam telefon bimbit pelajar itu, dan kemudian menunjukkannya kepada pengetua sekolah.

Satu penilaian psikiatrik mendapati bahawa bekas guru itu telah 'keliru akan peranannya sebagai guru atau teman kerana dia seorang guru yang kurang pengalaman disebabkan tiada bimbingan betul'.

Di bawah undang-undang dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau kededuanya sekali.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular