Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 14 Jun 2011

Cerita mangsa disimbah acid

IMBAS: Dalam satu kejadian lain, Mohamad Hanif yang melecur dimuka akibat disimbah asid dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah. Gambar kecil Mohamad Hanif sebelum melecur.




HULU TERENGGANU - “Jika melihat keadaan anak, ibu mana yang tak marah, tapi sebagai manusia dan beragama Islam, saya memaafkan perbuatannya itu,” kata Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 29, ibu kepada Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, dan Muhammad Irfan Firdaus, 3, yang menjadi mangsa simbahan asid oleh bapa sendiri tahun lalu.

Che Ku Zaimah berkata, walaupun kejadian itu genap 10 bulan hari ini dan dia serta dua anaknya makin sembuh, namun kesan daripada aspek emosi serta fizikal akibat kejadian itu masih dirasai.

“Begitupun saya tetap bersyukur kerana dia tidak mengalami apa-apa masalah di sekolah, malah bersemangat menuntut ilmu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sekayu, Kuala Berang di sini, semalam.

Menurutnya, pada 9 Januari lalu, Nurul menjalani pembedahan pertama di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan akan menjalani pembedahan sama sebanyak sembilan kali lagi bagi merawat kecacatan wajahnya.

“Wajahnya sudah dirawat namun doktor menasihatkan Nurul memakai topeng sekurang-kurangnya 23 jam sehari namun peraturan itu tidak dapat diikuti kerana dia tidak selesa selain rimas.

“Akibat tidak memakai topeng, ia mendatangkan sedikit kesan kurang memuaskan di wajah Nurul apabila parut di mukanya semakin membesar.

“Sudah puas saya menasihatinya, namun faktor seperti panas, gatal dan sukar bernafas membuatkan dia tidak tahan bertopeng,” katanya yang turut mempunyai kesan lecur di tangan dan bahagian belakang badan akibat terkena simbahan asid dalam kejadian itu.

Menurutnya, dia dan empat anaknya kini menjalani kehidupan baru selepas bekas suami, Mat Haizan Mat Yasin, 33, melepaskannya dengan talak satu, bulan lalu.

“Saya diceraikan suami di Mahkamah Syariah Marang, 27 Mei lalu dengan talak satu dan ia sedikit sebanyak memberi sinar baru kepada kami sekeluarga.

“Tetapi saya tetap runsing memikirkan tanggungjawab bagi membesarkan empat anak termasuk tiga masih bersekolah manakala yang bongsu berusia tiga tahun.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat menghulurkan bantuan bulanan RM400 sebulan dan perbelanjaan selebihnya ditanggung sendiri hasil menjual sayur di Pasar Kuala Berang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular