AHMAD ZAHID memakaikan pangkat Jeneral kepada Zulkifli sambil disaksikan Azizan (dua dari kiri) dan Zulkifeli (kiri) di Kuala Lumpur semalam.KUALA LUMPUR - Jen. Datuk Zulkifli Zainal Abidin dilantik sebagai Panglima Tentera Darat yang baharu menggantikan Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin yang dinaikkan pangkat sebagai Panglima Angkatan Tentera.
Kedua-dua pelantikan itu berkuat kuasa hari ini.
Zulkifli yang sebelum ini merupakan Timbalan Panglima Tentera Darat ditauliahkan ke Regimen Askar Melayu Diraja pada 5 Januari 1978 selepas menamatkan latihan pegawai kadet di Maktab Tentera Diraja.
