Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 16 Jun 2011

Didik anak lebih bererti daripada raih gaji besar

Cik Yusliza Yusof (kiri) telah pun bertugas sebagai pengetua sebuah tajaka di Jurong, manakala Cik Nasyitah Yassin bakal memulakan kerjaya sebagai guru tajaka tidak lama lagi.




SINGAPURA - MESKIPUN sedar gaji yang diraih tidak setinggi gaji teman-teman guru yang mengajar di sekolah-sekolah nasional, dua guru muda pendidikan awal kanak-kanak tidak patah semangat dengan menceburi bidang itu.

Bagi kededuanya, Cik Yusliza Yusof dan Cik Nasyitah Yassin, minat yang mendalam untuk mendidik anak-anak kecil lebih bermakna dan menyeronokkan kerana 'kurangnya stres dan tiada penekanan berat pada pendidikan akademik'.

'Gaji memanglah penting, tetapi seseorang itu juga harus cintakan kerjayanya. Kami berdua gemarkan kanak-kanak dan kami mahu terlibat sama dalam pembangunan positif kanak-kanak itu,' kata Cik Yusliza, 23 tahun.

Bagi Cik Nasyitah, 22 tahun, pula beliau amat selesa dengan kerjaya sebagai guru tajaka kerana gemar bermain-main bersama kanak-kanak.

'Ada kalanya saya berlatih apa yang diajarkan di kuliah ketika berinteraksi dengan anak-anak saudara saya,' kata anak bongsu tiga beradik itu.

Mereka berdua antara 56 siswazah - 12 daripadanya Melayu/Islam - daripada kohort ketiga Kolej Wheelock-Singapura yang menerima ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengajian dan Kepimpinan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Politeknik Ngee Ann semalam.

Cik Nasyitah muncul sebagai antara pelajar Melayu/Islam terbaik kohortnya dan bakal memulakan tugas sebagai guru di tajaka My First Skool.

Cik Yusliza pula menjadi pengetua di tajaka Our Junior's Schoolhouse @ G'Kids cawangan Jurong East.

Beliau telah pun memulakan tugas menyelia lima guru dan sekitar 30 kanak-kanak di cawangan yang baru dibuka itu.

Menurut Cik Yusliza, buat masa ini, selain melakukan kerja-kerja pentadbiran, beliau memilih turut mengajar kerana mahu menimba sebanyak mungkin pengalaman dan mempratikkan apa yang dipelajarinya.

Mereka berdua juga penerima Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS) yang membiayai 100 peratus kos program bagi Cik Nasyitah, dan 70 peratus bagi Cik Yusliza.

Program sarjana muda itu hasil kerjasama Kolej Wheelock - sebuah universiti terulung di Amerika Syarikat dalam menyediakan pendidikan awal kanak-kanak sejak 1888 - dengan Politeknik Ngee Ann dan Institut Seed - sebuah pusat pendidikan dan latihan berterusan (CET) bagi sektor pendidikan awal.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular