Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 4 Jun 2011

Forum bantu pelajar Melayu Singapura ke varsiti

Penyelaras utama jaringan Pelajar-Pelajar Muslim Singapura Luar Negara (SMSO), Cik Hidayah Amin (berbaju biru di barisan depan) dan Cik Nadiah Hashim Ariffin (bertudung biru), bergambar bersama penuntut-penuntut Melayu/Islam Singapura daripada pelbagai universiti di Eropah. Mereka bertemu dalam satu sesi ‘teh tarik’ di London, Britain, pada 6 Mei lalu bagi membincangkan pembentukan jaringan tersebut







SINGAPURA - Sekumpulan pelajar Melayu/Islam yang mengikuti pengajian di universiti ulung luar negara telah membentuk sebuah rangkaian dan forum dalam talian.

Usaha ini bertujuan membantu individu setempat yang berhasrat melanjutkan pengajian di universiti luar negara.

Jaringan Singapore Muslim Students Overseas atau Pelajar-Pelajar Muslim Singapura Luar Negara (SMSO) ini dimulakan pada April lalu.

Salah seorang penyelaras utama SMSO, Cik Hidayah Amin, 39 tahun, berkata pembentukan rangkaian ini berteraskan semangat muhibah.

'Apa yang kami lakukan ialah menghulurkan seberapa banyak bantuan yang boleh kepada pelajar-pelajar kita yang mahu melanjutkan pelajaran, baik pada peringkat siswazah mahupun peringkat possiswazah di universiti luar negara.

'SMSO dibentuk setelah kami menyedari adanya semangat yang semakin tinggi dalam kalangan generasi muda kita untuk melanjutkan pengajian pada peringkat possiswazah tetapi kurang arif tentang cara membuat permohonan bagi memasuki universiti yang diminati atau mendapatkan biasiswa,' katanya, yang kini mengikuti pengajian peringkat Sarjana Falsafah (M.Phil) dalam Kajian Sejarah di Universiti Cambridge, Britain.

Menjelaskan tentang inisiatif SMSO, seorang lagi penyelaras jaringan itu, Cik Nadiah Hashim Ariffin, 21 tahun, berkata:

'Kami memberi sokongan dalam erti kata mendedahkan mereka kepada pilihan-pilihan yang ada, tentang cara-cara membuat permohonan, gred yang diperlukan bagi sesuatu kursus yang dimohon, teknik untuk melepasi sesi temu duga dan sebagainya.

'Soal kewangan juga adalah satu isu besar dan dalam hal ini, ramai antara kami yang tergolong dalam kumpulan yang tidak begitu layak mendapat bantuan kewangan, tetapi pada masa yang sama, kita juga tidak mempunyai keupayaan mengadakan sejumlah wang yang diperlukan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular