Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 13 Jun 2011

Gara-gara nisan, sekeluarga panik





MERLIMAU – Meskipun sudah menetap di situ sejak 21 tahun lalu, sebuah keluarga di sini gempar apabila baru menyedari terdapat sebuah nisan yang diperbuat daripada kayu dan dililitkan dengan kain di kawasan rumah mereka.

Kejadian berlaku di Kampung Sempang, di sini apabila penduduk, Esah Abdullah, 51, berkata, dia menyedari kewujudan kubur itu sejak tiga hari lalu semasa anaknya mahu menangkap katak untuk dibuat umpan memancing ikan.

Keadaan itu pada mulanya menimbulkan tanda tanya kemungkinan ada unsur khurafat.

“Dalam kejadian kira-kira 1.30 petang itu, anak saya pergi ke celah-celah pokok di hadapan rumah untuk mencari katak. Selepas itu dia terus datang kepada saya dalam keadaan terperanjat mengatakan ternampak dua kayu nisan.

“Saya pergi melihat dan terkejut melihat kayu nisan tercacak seperti kubur,” katanya ketika ditemui, semalam.

Bagaimanapun, semasa anggota polis tiba menyiasat perkara itu, keadaan cemas kembali reda apabila jiran keluarga terbabit datang ke rumah berkenaan menjelaskan keadaan sebenar.

Jiran terbabit memberitahu, kayu dibentuk seperti batu nisan itu diambil dari kubur arwah bapa mertuanya sebelum dicacakkan di situ oleh anaknya yang berusia 13 tahun, kira-kira setahun setengah lalu.

Difahamkan, dia berbuat demikian selepas batu nisan di kubur arwah bapa mertuanya diganti dengan batu nisan baru.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular