Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 13 Jun 2011

Chef Wan hibur peminat dan masakan di Brunei

Chef Wan beramah mesra dengan hadirin.




BANDAR SERI BEGAWAN - Hari ini giliran Chef Wan pula untuk melayani peminatnya di Dewan Utama Indera Samudera The Empire Hotel and Country Club di Jerudong.

Beliau yang ditampilkan khas oleh Kumpulan DST dalam program "Chef Wan Di Brunei" menampilkan telatah dan cara memasak yang cukup menghiburkan.

Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuwan Ismail dibawakan ke negara ini oleh DST dengan kerjasama Kristal Astro Sdn Bhd dan Asian Food Channel (AFC) dan menyaksikan beliau menyediakan tiga masakan di majlis itu.

Antara menu yang disediakannya ialah Moroccan Chincken Tajine with Prunes and Olives, Arroz A La Cazuela dan Hot Spiced Apple Cake with Butterscoth Dressing.

Di akhir majlis Chef wan turut berpeluang untuk menandatangani buku dan bermesra dengan peminatnya dan terdapat peminat yang mengambil kesempatan untuk mengambil foto dengan tukang masak yang sememangnya sinonim dengan masakan Melayu Malaysia itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular