Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 13 Jun 2011

Pilu: 'Ayah, Boy minta maaf'

Encik Abdul Razak (kanan) terharu sewaktu membaca surat yang ditulis khas untuknya oleh anaknya, Ahmad (berbaju coklat), diperhatikan pengerusi kem, Encik Muhammad Luthfi. -





SINGAPURA - SELAMA ini, Ahmad, 15 tahun, tidak pernah meluahkan kasih sayangnya pada ayah tercinta dan memohon kemaafan atas kesilapan lalu.

Lidahnya kelu untuk mengungkapkan kata-kata sedemikian, meskipun jauh di lubuk hatinya, dia teringin berbuat begitu.

Namun semalam, Ahmad, yang dimasukkan ke Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) tiga tahun lalu, akhirnya mampu berbuat demikian dalam sepucuk surat yang diberikan kepada ayahnya.

Ahmad, yang pernah bergaul dengan belia-belia nakal hingga diberkas polis kerana mencuri, kini berazam untuk pulang ke pangkal jalan demi ayah dan ibunya, yang telah meninggal dunia lapan tahun lalu.

Dia adalah antara 70 penghuni yang menulis surat bagi meluahkan keinsafan dan rasa cinta mereka terhadap kedua orang tua mereka.

Mereka berbuat demikian sebagai acara penutup kem lasak tiga hari anjuran 50 pelajar daripada Persatuan Muslim Universiti Teknologi Nanyang (NTUMS).

Semalam, suasana syahdu menyelubungi RKM apabila belia-belia lelaki tersebut menyampaikan surat-surat itu kepada ibu bapa mereka, dengan disertai linangan air mata.

'Boy minta maaf atas semua kesilapan lalu... Boy berterima kasih kepada ayah kerana membesarkan Boy sejak kecil lagi...Boy tak akan lupakan ayah selama-lamanya...

'Kalau boleh, Boy teringin nak jumpa ibu sekali lagi, tapi memang sudah tiba masanya ibu pergi,' ujar Ahmad dalam surat yang ditampal dengan gambar yang dipetik bersama ayahnya itu.

Dalam kem bergelar Alter Risk itu, penghuni belia berusia antara 10 dengan 18 tahun menyertai aktiviti lasak seperti rock-climbing dan air shooting serta sesi-sesi muhasabah diri pada sebelah malam.

Pengerusi program Alter Risk, Encik Muhammad Luthfi Ramlan, 24 tahun, berkata kem itu bertujuan mempertingkatkan keyakinan diri para penghuni.

'Malah ia juga membuka mata kami tentang cabaran hidup yang dialami para penghuni dan mengubah tanggapan kami terhadap penghuni rumah kebajikan,' ujar mahasiswa NTU itu.

RKM menempatkan pesalah juvenil, mereka yang di bawah perintah Di Luar Kawalan Ibu Bapa atau Beyond Parental Control (BPC), anak yatim dan mereka yang perlu dilindungi.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular