Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 21 Jun 2011

Gila Talak: Bekas suami janda diburu

Di tempat letak kereta pasar raya inilah Hazita parah akibat ditikam berkali-kali dengan gunting didakwa oleh bekas suaminya di Kota Bharu kemarin.



KOTA BHARU - Polis melancarkan gerakan memburu seorang kakitangan sebuah hospital berusia 30 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes menikam bekas isterinya menggunakan gunting dipercayai kerana gila talak dalam kejadian, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata berdasarkan siasatan, suspek yang dikenali sebagai Roofeza Abdullah bertugas sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) di sebuah hospital, di sini.

“Kami (polis) mengesan suspek dan berusaha menangkapnya. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan cedera parah kepada mangsa yang juga bekas isterinya.

“Hasil siasatan, polis menemui senjata yang digunakan untuk mencederakan mangsa dan tindakan segera akan diambil, manakala senjata berkenaan dipercayai milik hospital tempat suspek bekerja,” katanya ketika ditemui di Wad 28, Hospital Raja Perempuan II (HRPZ II), di sini, semalam.

Terdahulu, Azham meluangkan masa kira-kira setengah jam bermula jam 12.15 tengah hari untuk melihat keadaan mangsa yang juga pelatih salun, Hazita Mohamad, 28, yang kini menerima rawatan di wad hospital berkenaan.

Pertemuan singkat terbabit digunakan Azham untuk memberi kata-kata semangat kepada Hazita dan anak lelakinya berusia enam tahun sebelum berjanji untuk menahan bekas suaminya.

Pemerhatian wartawan yang turut mengunjungi mangsa mendapati mangsa masih trauma dan tidak dapat menjawab soalan secara terperinci, meskipun dikelilingi keluarga terdekat.

Selain ditikam, laporan doktor mendapati, wanita itu turut menerima gigitan di lengan kiri tangannya dan lebam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular