Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 11 Jun 2011

Hadiah juara ' Seekor Kambing'




SEDENAK - Buat julung kalinya Persatuan Tarik Tali Air Manis menganjurkan Pertandingan Tarik Tali sempena Hari Keputeraan Agong dengan menawarkan seekor kambing sebagai habuan kepada pemenang.

Naib Pengerusinya, Sedtu Jaman berkata, pertandingan seumpama ini diadakan bagi meraikan Hari Keputeraan Agong di samping menyemarakkan lagi sukan tarik tali dalam kalangan masyarakat.

“Selain menawarkan hadiah seekor kambing kepada kumpulan yang memenangi pertandingan ini, kami juga turut menyediakan wang tunai berjumlah RM300 kepada pemenang pertama.

“Manakala pemenang kedua menerima wang tunai RM250 dan RM150 kepada pemenang di tempat ketiga,” katanya.

Menurutnya, sebanyak sembilan kumpulan dari sekitar daerah ini menyertai pertandingan tarik tali yang dianjurkan termasuk kumpulan dari Yayasan Warisan Johor.

Sedtu berkata, sukan berkenaan adalah acara tradisi yang dimainkan masyarakat Melayu sejak berzaman dan wajar diperluaskan ke pelbagai peringkat agar tidak terpinggir.

“Walaupun ramai yang memandang remah sukan tarik tali ini namun sebenarnya masih ramai juga penduduk yang bergiat aktif menghidupkan acara ini. Ia menampilkan bentuk permainan yang unik di mana ia tidak hanya bergantung kepada kekuatan fizikal semata-mata tetapi juga memerlukan teknik dan strategi yang tepat untuk menang.

“Malah kebanyakan peserta yang memenangi pertandingan ini bukan hanya terdiri daripada peserta yang bertubuh besar tetapi juga peserta yang memiliki tubuh badan kecil,” katanya.

Menurutnya, Persatuan Tarik Tali Air Manis yang telah ditubuhkan sejak beberapa tahun lalu mendapat penyertaan menggalakkan dari penduduk setempat termasuk generasi muda.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular