Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 14 Jun 2011

Lupakan bola sepak, pilih pula memasak

Nurulludin berusaha melakukan yang terbaik hingga mendapat anugerah berprestij ITE -- Anugerah Pelajar Contoh Lee Kuan Yew -- kerana ingin menjadi cef mahir.




SINGAPURA- TURUN ke padang untuk 'menggantikan Fandi Ahmad' menjadi cita-citanya. Tapi masuk ke dapur menolong ibunya jarang dilakukan.

Namun, itu semua berubah apabila Nurulludin Samadi membantu pak ciknya di sebuah gerai makanan Barat.

Pengalaman singkat itu memutikkan cinta Nurulludin pada penyajian makanan Barat hingga bercita-cita menjadi cef dan melupakan hasrat menggantikan Fandi.

Ia ternyata berbaloi - Nurulludin semalam menerima Anugerah Pelajar Contoh Lee Kuan Yew 2011, anugerah berprestij yang diberi kepada pelajar terbaik Institut Pendidikan Teknikal (ITE).

Ini berkat usaha gigihnya melakukan hanya yang terbaik setelah memasuki ITE bagi mengejar cita-citanya.

'Sejak saya bantu pak cik saya, minat menjadi cef timbul. Tapi saya tahu minat saja tidak boleh bawa saya pergi jauh. Jadi saya sertai kursus Kemahiran Kulinari (Makanan Barat) Nitec di ITE dua tahun lalu,' cerita pemuda berusia 24 tahun itu.

Bakat Nurulludin terserlah di ITE dan beliau berpeluang meluaskan pengalaman dengan mengikuti program latihan luar negara ITE di Lyon, Perancis, selama empat bulan tahun lalu.

Di sana beliau mengasah bakatnya dalam menyiapkan dan menghidang makanan ala Perancis, serta memperkenal hidangan Asia. Pengalaman itu turut mengajarnya bersabar dalam menangani tekanan daripada ketua cef dan permintaan pelanggan.

Nurulludin antara dua anak Melayu/Islam daripada senarai lapan penerima anugerah tersebut. Seorang lagi ialah Muhammad Mohd Jauhari, 20 tahun.

Anugerah itu dimulakan pada 1998 daripada sumbangan Encik Lee, Menteri Kanan ketika itu, sebanyak $555,000 daripada hasil penjualan buku memoir beliau.

'Secara jujur, saya tidak menjangka anugerah ini. Ia berkat doa ibu bapa saya dan saya bersyukur. Ia akan mendorong saya melakukan yang lebih baik di peringkat lebih tinggi,' kata Nurulludin, yang lulus kursus itu dengan agregat GPA 4.0 mata penuh.

Beliau kini mengikuti kursus Diploma dalam Operasi Restoran dan Kulinari di Politeknik Republic.

Kini Nurulludin, yang mempunyai pengetahuan baik dalam hidangan Perancis, bercita- cita membuka sebuah restoran sendiri satu hari nanti.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular