Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 14 Jun 2011

Pertukaran Wartawan/Pemimpin Kampus ASEAN 2011

Para peserta program ceria dalam sesi bergambar ramai.





BANDAR SERI BEGAWAN - Rantau ASEAN merupakan rantau yang membangun dengan dinamik di mana ia bukan sahaja kaya dari segi sumber tetapi juga dari segi kebudayaan, adat resam dan tradisi.

Namun begitu, rantau itu juga berdepan dengan pelbagai cabaran dan peluang di mana pelajar-pelajar kampus selaku pemimpin di masa akan datang diseru untuk bukan sahaja menangani cabaran dan peluang yang ada tetapi turut menghargai, memahami dan bekerjasama di antara satu sama yang lain.

Di samping itu juga, terdapat keperluan untuk mempromosikan ASEAN khususnya menerusi pelbagai kaedah perhubungan di setiap negara anggota di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa terutama di kalangan generasi muda seperti pelajar jurnalis kampus yang mampu memberikan pandangan mereka secara kritis dan jelas untuk menyiapkan diri mereka selaku bakal pemimpin di rantau berkenaan.

Demikian jelas Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan ASEAN Mengenai Kebudayaan dan Penerangan, ASEAN-COCI bagi Negara Brunei Darussalam, Dr Mataim Bakar dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Pengarah Penerangan, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Penerangan selaku wakil peribadi beliau Dr Muhammad Hadi Muhammad Melayong.

Brunei komited dengan pelaksanaan Pelan Perhubungan Kebangsaan ASEAN dan terus menjalankan program tindakan dan langkah-langkah yang direka untuk mempromosikan ASEAN menerusi penyertaan negara dalam pelbagai projek yang dicadangkan oleh negara-negara anggota ASEAN dan rakan dialog di bawah ASEAN-COCI, tambah beliau pada Perasmian Program Pertukaran Wartawan/Pemimpin Kampus ASEAN 2011 fasa ke-4 yang diadakan di Dewan Teratai, Pusar Serantau SEAMEO VOCTECH, Gadong, hari ini.

Dalam ucapannya Dr Mataim percaya bahawa dengan meningkatkan kesedaran mengenai ASEAN di kalangan penduduk, sebuah masyarakat ASEAN yang lebih dinamik dan progresif akan dapat dilahirkan.

Oleh itu, beliau percaya setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan komuniti mereka yang boleh dicapai dengan menanam perasaan kesefahaman, menghargai keunikan dan kekayaan budaya individu selain menerusi peningkatan hubungan dan kerjasama di kalangan komuniti ASEAN.

Seramai 16 orang peserta menyertai program yang merangkumi kegiatan dan sesi taklimat mengenai ASEAN, bengkel kewartawanan dan kepimpinan serta membuat lawatan ke institusi-institusi penyiaran, penerangan dan percetakan serta melihat secara lebih dekat mengenai kebudayaan, warisan dan tempat-tempat bersejarah di negara ini.

Brunei dan Indonesia menjadi tuan rumah bagi program fasa ke-4 yang disertai oleh mahasiswa dan mahasiswi universiti-universiti di negara-negara ASEAN termasuk Brunei, Kemboja, Indonesia, Republik Demokratik Rakyat Lao, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular