Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 14 Jun 2011

Skuad penyu terima ganjaran



KUALA TERENGGANU - Pemain bola sepak pasukan Terengganu, pengurus dan pegawai menerima durian runtuh apabila kerajaan negeri memberikan ganjaran berupa wang tunai RM10,000 seorang.

Lebih istimewa, skuad penyu akan dibawa ke London dan penaja utama skuad penyu iaitu Top IT turut menghadiahkan komputer riba kepada pasukan itu.

Ganjaran berkenaan diberikan setelah skuad penyu berjaya meraih gelaran juara pada perlawanan akhir Piala FA, setelah menumpaskan Kelantan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Berita gembira itu diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said ketika berucap pada majlis meraikan Skuad Penyu dan wira-wira Sukan Malaysia ke-14 di Dataran Shahbandar malam tadi yang dihadiri kira-kira 10,000 penyokong.

Pada majlis yang sama, sekali lagi Piala FA dan Piala Sukan Malaysia diarak dan dipamerkan kepada orang ramai.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular