Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 14 Jun 2011

Penculik burukkan imej Islam

IMBAS: Sayu melihat dua anaknya, Nur Athirah dan Adib Irfan (kiri) yang kerap jatuh sakit kerana merindui bapa mereka yang diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina sejak 8 Mei lalu.





KUALA LUMPUR - Kerajaan Filipina mengakui ada dalang cuba memburukkan imej penduduk Islam di selatan Filipina dengan menculik rakyat Malaysia dan negara lain.

Sambil menegaskan, penduduk Islam di selatan hidup aman serta mempunyai segala hak sebagai rakyat Filipina, Ahli Kongres Daerah Pertama Sulu, Habib Tupay Loong, menegaskan kerajaan Pusat akan memperhebat pembangunan demi mengatasi masalah dialami penduduk di selatan.

“Masyarakat di sini hidup aman dan mendapat hak saksama dengan rakyat Filipina lain membangunkan wilayah masing-masing. Mereka memperoleh hak berpolitik, pendidikan dan menjalankan perniagaana,” katanya ketika dihubungi wartawan, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Gabenor Sulu berkata, militan tempatan yang mempunyai kaitan dengan sindiket antarabangsa seperti Jemaah Islamiah, Al-Qaeda serta Abu Sayyaf bertanggungjawab memburukkan imej serta cuba menggugat keamanan di negara itu.

“Sebenarnya kejadian penculikan berlaku di mana saja di seluruh dunia. Tetapi ia tidak bermakna kami tidak memandang serius perkara ini kerana pada hakikatnya kami berasakan kumpulan ini diperalatkan pihak tertentu.

“Berikutan itu, kerajaan Pusat dan ahli perundangan dari setiap kawasan berusaha mengatasi masalah ini berasaskan prinsip membawakan pembangunan kerana ia menjadi asas untuk mewujudkan keamanan,” katanya.

Ditanya dakwaan banyak pihak bahawa penculikan seakan menjadi industri baru di Mindanao, beliau menafikan perkara itu dan menegaskan diharapkan rundingan damai yang ditaja kerajaan Filipina dengan kumpulan militan di selatan dapat merungkai kemelut yang dihadapi.

“Kita yakin rundingan akan membuahkan hasil tidak lama lagi dan Wilayah Autonomi Muslim Mindanao (ARRM) akan membangun dengan pesat serta menamatkan segala keganasan atau kegiatan menculik ini,” katanya.

Kerajaan Filipina kini giat berunding dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) bagi mewujudkan keamanan di selatan. Malaysia bertindak selaku tuan rumah untuk rundingan berkenaan.

Mengulas nasib rakyat Malaysia, Mohd Nazarrudin Saidin, 38 yang dilarikan penculik di Pulau Jolo, beliau menegaskan, pihak polis serta anggota keselamatan berusaha mengatasinya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular