Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 20 Jun 2011

Muslimah Singapura tidak setuju tubuh kelab isteri taat

Dr Rohaya Mohammad menjadi kontroversi di Malaysia




SINGAPURA - SEJUMLAH wanita Muslim, terutamanya para isteri dan bakal isteri yang ditinjau melahirkan rasa tidak setuju dengan rancangan menubuhkan Kelab Isteri Taat (KIT).

Menurut Cik Mardalina Mohamed Nossi, 28 tahun, seorang guru, ketaatan isteri kepada suami tidak menjanjikan kesetiaan suami kepada pasangannya.

'Malah, saya takut kalau si isteri terlalu taat, ada suami akan ambil kesempatan pula,' ujar beliau, yang sedang menanti kelahiran anak sulungnya.

Pandangannya turut dikongsi Cik Tia Said, 29 tahun, yang sudah empat tahun berumah tangga.

Menurutnya, ketaatan tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga, sebaliknya, lebih penting jika pasangan itu ada ilmu lebih menyeluruh dalam mengukuhkan institusi rumah tangga dan membina kasih sayang antara suami isteri.

Beliau, yang pernah menjadi sukarelawan di persatuan yang membantu wanita-wanita teraniaya, berkata:

'Akibat terlalu taat pada suami, mereka sampai takut nak lepaskan diri daripada penderaan yang dilakukan suami sendiri,' ujarnya, sambil menambah bahawa seseorang itu tidak perlu menyertai sebarang kelab untuk taat pada suami.

Seorang pegawai penyelaras serantau di sebuah syarikat sistem teknologi maklumat, Cik Suzz Salam, 29 tahun, pula merasakan apa yang cuba dilakukan kelab itu seolah-olah meletakkan beban tanggungjawab tentang kebahagiaan rumah tangga di pihak isteri sahaja.

'Walaupun pengasas kelab itu berniat mengukuhkan institusi keluarga, saya rasa pendekatannya berat sebelah. Bagaimana pula dengan peranan suami dalam rumah tangga?

'Saya khuatir masyarakat umum di Singapura akan salah anggap tentang Islam daripada apa yang dilaporkan media tentang tujuan penubuhan kelab ini,' ujarnya.

Kekhuatiran itu dikongsi Cik Aliyah Tahir, seorang pengurus projek berusia 36 tahun.

'Masyarakat Melayu/Islam kita sering ingin dilihat sebagai masyarakat yang maju dan moden. Malangnya, dengan adanya kelab sebegini, ia tidak akan membantu memberi persepsi postif tentang bangsa Melayu dan orang Islam. Kita akan hanya dianggap kolot oleh masyarakat lain,' ujar beliau.

Tambahnya, beliau melihat usaha kelab itu sebagai memperlekeh peranan isteri.

Ini disetujui seorang pembaca yang ingin dikenali sebagai Cik Nita Waja, 36 tahun.

Menurutnya, pada zaman moden ini, isteri turut memainkan peranan dalam memantapkan ekonomi keluarga serta menguruskan rumah tangga dan anak-anak.

'Dengan pelbagai peranan ini, tak munasabah harapkan isteri sentiasa bersedia puaskan nafsu suami,' ujarnya, ibu seorang anak.

Sebelum ini, isu penubuhan KIT di Malaysia dan juga Singapura menimbulkan pelbagai reaksi, yang rata-rata kurang senang dengan penubuhan kelab itu.

Ia terutama sekali dengan komen naib presiden kelab itu di Malaysia, Dr Rohaya Mohamed, yang dilaporkan menyarankan agar para isteri patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular