Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 15 Jun 2011

Nyaris termakan roti berulat





KUALA NERANG - Seorang pengawal keselamatan sekolah tidak sangka suara hatinya yang meminta membuka roti untuk melihat inti bilis yang terdapat di dalam menemukannya dengan beberapa ekor ulat yang sedang bergerak-gerak.

Dia yang baru sahaja menghabiskan sebiji roti dari jenama yang sama berasa mual sehingga hampir termuntah.

Mohd Emran Ismail, 27, berkata, sebaik sahaja melihat ulat yang terdapat di dalam roti tersebut, dia memanggil seorang kawannya untuk membuat pengesahan dan ternyata ia adalah serangga berkenaan.

Menurutnya, tarikh luput yang masih lagi panjang ternyata tidak membuktikan bahawa sesuatu roti berkenaan selamat untuk dimakan.

“Saya tidak tahu sama ada sebiji roti yang telah dimakan sebelum ini terdapat ulat-ulat berkenaan, tetapi deria hati yang meminta saya untuk membuka roti kedua untuk melihat inti bilis yang terdapat di dalamnya menyelamatkan saya dari memakan roti berkenaan.

“Bagaimana perkara ini boleh berlaku sedangkan pembungkusan dari luar ternyata ditutup dengan baik tetapi siapa sangka ada benda yang tidak diundang berada di dalamnya,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di Felda Bukit Tembaga, dekat sini.

Mohd Emran berkata, produk roti tersebut yang dikilangkan di sebuah negeri di utara telah dibeli dari sebuah kedai runcit di kawasan berkenaan.

Menurutnya, dia yang nyata berasa kecewa bagaimanapun tidak berhasrat untuk mengambil sebarang tindakan tetapi berharap pihak berkuasa dapat terus memastikan kejadian seumpama berkenaan tidak berlaku lagi.

“Saya tidak mahu mengambil sebarang tindakan tetapi pengusaha perlu ingat dan memastikan setiap produk yang dijual sentiasa berada pada tahap yang terbaik terutamanya pada aspek kebersihan.

“Pihak berkuasa terutamanya yang mengeluarkan hak untuk mengilangkan roti berkenaan perlu sentiasa peka kerana perkara ini membabitkan soal pemakanan kepada semua lapisan umur,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular