Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 15 Jun 2011

Gara-gara masakan kerap hangus




ALOR SETAR - Seorang pegawai kerajaan bakal memperolehi ketuhar gelombang mikro baru dalam tempoh 14 hari setelah Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia memerintahkan sebuah kedai elektrik menggantikan barang tersebut, semalam.

Presiden Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Rahana Abdul Razak memerintahkan kedai elektrik di Jitra selaku penentang untuk menggantikan ketuhar gelombang mikro yang dibeli penuntut, Hartinee Abbas, 32.

Hartinee berkata, ketuhar gelombang yang dibeli dengan harga RM1,139 baru digunakan sebanyak empat kali dalam tempoh sepuluh bulan.

Dia berkata, ketuhar gelombang mikro itu dibeli pada tahun lalu bertujuan untuk membuat biskut menyambut Aidilfitri namun hasrat itu terpaksa dibatalkan kerana masakannya hangus.

Menurutnya, penggunaannya pada kali pertama mendapati pinggan pada pemutar tidak berfungsi yang menyebabkan makanan yang dibakar hangus.

“Apabila saya menyedari kerosakan yang berlaku saya segera menghantarnya ke kedai tersebut dan mereka menggantikan dengan yang baru.

“Namun, setelah menggunakannya, masalah yang sama masih lagi berlaku dan saya mengambil keputusan untuk menghantar semula ke kedai tersebut,” katanya.

Hartinee berkata, pihak kedai tersebut menyuruhnya untuk mengikut prosedur syarikat iaitu tidak boleh diganti selagi belum tiga kali dibaiki.

Hartinee berkata, dia masih bersabar dan mengikut syarat yang diberikan dengan cuba membaiki ketuhar gelombang mikro tersebut sebanyak dua kali.

Dia berkata, namun masalah itu masih berulang yang menyebabkan dia berasa bimbang untuk membaiki buat kali ketiga.

Menurutnya, dia segera memaklumkan kepada kedai tersebut dan meminta agar barangan lain dengan nilai yang sama digantikan sebagai ganti rugi namun permintaannya itu ditolak.

Hartinee berkata, dia pernah mengajak penentang berbincang namun ditolak lalu dia mengambil keputusan untuk memfailkan di Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna untuk mendapatkan haknya sebagai pengguna.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular