Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 15 Jun 2011

Sarimah Ahmad, Pengerusi Kehormat Karyawan

Dari kiri Freddie Fernandez, Sarimah dan Dr Mohammed M. Daud




PETALING JAYA - Pelakon veteran, Datuk Sarimah Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Kehormat, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) sementara bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr Mohammed M. Daud dilantik sebagai penasihat persatuan itu.

Menurut Presidennya, Datuk Freddie Fernandez, lebih 3,000 ahli Karyawan sebulat suara memilih kedua-duanya dan menganggap mereka mempunyai kredibiliti yang kuat untuk memegang jawatan itu.

"Pelantikan ini secara dasarnya adalah untuk memantapkan lagi pentadbiran Karyawan ke tahap yang lebih tinggi.

"Datuk Sarimah merupakan ikon besar seni tanah air yang mampu memajukan agenda Karyawan kepada pihak penaja manakala Datuk Dr Mohammed mempunyai banyak pengalaman bekerja dengan kerajaan serta memahami cara untuk membuat keputusan membabitkan aktiviti seni," katanya.

Dia mengharapkan dengan pelantikan tersebut, Karyawan dapat merubah keadaan yang berlaku sebelum ini dan sering dilanda pelbagai masalah.

"Saya harap mereka dapat merubah nasib dan memberikan sokongan kepada Karyawan.

"Pelantikan mereka boleh mengukuhkan lagi keadaan Karyawan. Saya gembira apabila mereka menerima tawaran ini," ujarnya.

Seramai 30 ahli Karyawan yang hadir ke majlis sidang media pengumuman pelantikan jawatan penasihat dan pengerusi kehormat di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur dekat sini, Selasa.

Mereka adalah Datuk Yahya Sulong, Mariani, Datuk M Daud Kilau, Aspalela Abdullah, Salwa Abdul Rahman dan Ibnor Riza.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular