Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 15 Jun 2011

Tidak perlu tubuh 'Kelab Isteri Taat' di Singapura

Dr Rohaya Mohammad menjadi kontroversi di Malaysia




SINGAPURA - RANCANGAN menubuhkan cawangan 'Kelab Isteri Taat' di Singapura dilihat sebagai sesuatu yang remeh dan tidak perlu.

Rata-rata, beberapa asatizah yang dihubungi semalam, berpendapat bahawa dalam perkahwinan, kededua suami dan isteri sama-sama memainkan peranan penting.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan perunding cara utama Al Qiblah International Consultants, Ustaz Azmi Abdul Samad, perkara ini perlu dilihat dengan hati-hati.

'Dalam Islam, kededua suami dan isteri ada tanggungjawab masing-masing. Bukan hanya isteri yang perlu layan dan puaskan keinginan suami. Malah, suami juga ada tanggungjawab terhadap isteri,' ujarnya.

Selain itu, beliau juga menyoal sama ada penubuhan kelab itu membawa manfaat kepada nama baik Islam, atau sebaliknya memburukkan nama baik Islam.

Sementara itu, Mantan Pendaftar di Pejabat Pendaftaran Pernikahan, Ustaz Pasuni Maulan, berpendapat memperkasakan unit keluarga merupakan perkara yang lebih penting daripada menubuhkan Kelab Isteri Taat.

'Apa yang lebih penting dan perlu diberikan perhatian adalah usaha meningkatkan mutu kepimpinan keluarga di Singapura.'

Tambahnya, kesedaran dan pengetahuan harus diberikan kepada kepimpinan keluarga tentang bagaimana bangunkan keluarga.

Tambahnya, jika suami tidak pegang pada perintah agama, keluarga tetap 'boleh hanyut'.

Sementara itu, naib kadi, Ustaz Noor Rawi, pula berpendapat bahawa di Singapura sudah pun terdapat pelbagai Pusat Khidmat Keluarga (FSC) dan badan-badan yang boleh membantu sekiranya pasangan suami isteri menghadapi masalah dalam rumah tangga.

'Lagipun, sama ada seseorang itu akan curang atau tidak adalah perkara individu. Ada isteri yang begitu taat kepada suami dan berikan layanan sebaiknya, tetapi suami tetap main kayu tiga,' ujarnya.

Kelab Isteri Taat, yang dilancarkan di Rawang, Malaysia, Sabtu lalu, telah menerima kecaman beberapa pihak.

Tiga warga Singapura - Dr Darlan Zaini, Encik Azman Ari dan Cik Hamidah Ari - dilaporkan ingin membuka cawangan kelab itu di Singapura.

Kelab itu mendapat tentangan setelah naib presiden kelab itu, Dr Rohaya Mohamed, dilaporkan memberi saranan supaya golongan isteri patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama' mendapat kritikan hebat pelbagai pertubuhan wanita di Malaysia.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular