Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 9 Jun 2011

Pasangan bercumbu atas motosikal diberkas




GUNUNG JERAI – Sepasang kekasih ditahan dalam operasi maksiat dan amalan khurafat di sini.

Operasi yang di jalankan itu disertai beberapa kakitangan Jabatan Agama Islam bersama Penguat Kuasa Agama Daerah Kuala Muda bagi membanteras masalah maksiat dan amalan khurafat yang semakin berleluasa di kawasan ini.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, pihaknya sebelum menjalankan operasi itu, membuat pemantauan untuk memastikan kawasan terbabit mempunyai aktiviti yang mencurigakan.

“Pemantauan berkenaan operasi maksiat dan amalan khurafat dibuat di Gunung Jerai dan ini bukanlah kali pertama kami adakan operasi seumpama ini.

“Semasa kami menjalankan operasi ini, kami berjaya membuat tangkapan terhadap sepasang kekasih yang berdua-duaan di selekoh jalan di sini,” katanya.

Menurutnya, pasangan terbabit semasa ditahan sedang berada di atas sebuah motosikal.

“Setelah disiasat kami dapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang ikatan yang menunjukkan mereka sebagai suami isteri dan mereka di tahan.

“Lelaki yang ditahan berumur dalam lingkungan 30-an dan pasangannya berumur dalam lingkungan 20-an.

Zaiferi juga memaklumkan pasangan terbabit ditahan bawah Seksyen 5 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) 1988.

“Mereka dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Daerah Yan pada tarikh yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, dengan penangkapan dan operasi yang dijalankan, kes dan perlakuan sumbang seperti itu akan dapat dihapuskan bagi mengelakkan sebarang hubungan terlarang yang menyalahi agama Islam daripada terus berleluasa.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular