Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 9 Jun 2011

Duta Indonesia puji Malaysia cara tangani isu dera amah




KUALA LUMPUR — Duta Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Prof. Da’i Bachtiar memuji kecekapan dan kredibiliti pasukan polis serta kerajaan Malaysia dalam menangani isu penderaan melibatkan pembantu rumah dari negara itu.

Bagaimanapun, beliau tetap berharap sistem pengadilan di negara ini akan memberikan penghakiman yang telus dan setimpal ke atas pelaku bagi mengelakkan tercetus isu-isu yang kurang baik dalam hubungan dua hala kedua-dua negara.

"Penghargaan diberikan kepada kerajaan Malaysia kerana polis pantas membuat siasatan. Bagi pihak Indonesia, kami sedar bahawa kes jenayah boleh terjadi di mana-mana.

"Tapi apa yang penting adalah bagaimana penegakkan hukumnya, di mana pelaku jenayah ini harus dihukum sesuai dengan perbuatannya,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan hormat ke atas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim di pejabatnya di Angkasapuri di sini hari ini.

Dalam pada itu, Da’i berharap kes terbaru melibatkan kematian pembantu rumah, Isti Komariyah, 26, mendapat pembelaan sewajarnya.

Beliau turut berasa kesal kejadian penderaan itu berlaku sebaik sahaja kedua-dua negara itu telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada 30 Mei lepas yang telah menamatkan pembekuan penghantaran amah Indonesia ke Malaysia selama dua tahun, yang membolehkan kedatangan amah berkenaan dalam masa dua minggu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular