Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 11 Jun 2011

Perkasa: Batalkan perhimpunan Bersih




PASIR MAS - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan konsensus Ahli Parlimen Bebas merayu penganjur perhimpunan Bersih membatalkan hasrat untuk berhimpun pada 9 Julai ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pada masa yang sama, mereka memberi amaran keras dan akan bertindak balas terhadap penganjur perhimpunan tersebut sekiranya rayuan supaya membatalkan rancangan tersebut tidak diendahkan.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya tidak melihat justifikasi untuk penganjur Bersih yang diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Dato' Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk mengadakan perhimpunan secara besar-besaran di jalanan.

"Kalau mahu menghantar memorandum, ia boleh dibuat dengan cara elok tanpa berhimpun malah wakil mereka boleh bercakap dalam Dewan Rakyat tetapi saya lihat mereka ada agenda lain iaitu menghidupkan suasana seperti di Mesir, Tunisia dan Syria.

''Apabila ada himpunan puluhan ribu rakyat macam-macam boleh berlaku, golongan subversif akan mengambil kesempatan sehingga keadaan menjadi huru hara dan kerajaan sementara ditubuhkan di kalangan mereka.

"Saya tidak menolak kemungkinan Perkasa juga akan mengadakan perhimpunan pada hari itu dan saya juga bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

''Tetapi niat saya baik iaitu untuk menghalang pihak satu lagi daripada mencetuskan kekacauan," katanya kepada pemberita selepas Ceramah Perdana Berkembar Parlimen Pasir Mas di Kampung Pohon Rawa di sini, malam tadi.

Sebelum ini, beberapa laporan polis telah dibuat membantah tindakan penganjur perhimpunan gerakan Bersih.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular