Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 11 Jun 2011

Salih Yaacob: Isteri tak perlu kelab jaga suami

Ketaatan bukan hanya ditempat tidur: Salih




KUALA LUMPUR - “Isteri tidak memerlukan mana-mana kelab untuk menunjukkan ketaatan mereka kepada suami kerana mentaati suami adalah perintah Allah semata-mata untuk mendapat keredaan-Nya,” kata pelawak dan pengacara, Salih Yaacob.

Beliau yang baru kembali daripada bercuti di Beijing, selepas mengahwini isteri keempat, Samihah Sheikh Amy, 25, akhir bulan lalu, berkata isteri hanya diwajibkan untuk mentaati suami selagi suami tidak melanggar akidah, akhlak dan syariat Islam.

Malah katanya, ketaatan kepada suami juga bukan hanya di tempat tidur semata-mata kerana nikmat kasih sayang dalam perkahwinan akan dirasai jika Allah reda dengan pasangan yang melaksanakan perintah-Nya.

“Walaupun isteri adalah hak mutlak suami, haram untuk suami mengadakan hubungan kelamin jika tidak mendapat keredaan daripada isteri kerana golongan Hawa dilahirkan bukan sekadar untuk menjadi tempat golongan Adam memuaskan nafsu mereka.

“Jika ada kelab yang ditubuhkan untuk mengawal tindak tanduk isteri, dibimbangi mereka yang menyertai kelab itu akan lebih mengikut peraturan dan garis panduan ditetapkan kelab berkenaan, sekali gus meminggirkan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Kelab Taat Suami cawangan Malaysia, Fauziah Ariffin yang mengakui memenuhi keperluan batin suaminya dengan berpakaian menarik dan seksi yang juga cara terbaik memberi layanan kepada suami.

Sebelum ini Naib Presiden Kelab Taat Suami, Dr Rohaya Mohamed mengingatkan isteri supaya melayan suami seperti `pelacur kelas pertama’ mendapat kecaman pelbagai pihak.

Salih yang mengecam kenyataan menyamakan isteri dengan pelacur berkata penubuhan Kelab Taat Suami dan kenyataan pemimpin kelab itu akan memberi persepsi negatif terhadap golongan yang mengamalkan poligami sepertinya, sekali gus mengundang tanggapan tidak baik masyarakat.

Beliau yang pernah ditawarkan untuk menyertai Persatuan Poligami iaitu persatuan yang difahamkan ada kaitan dengan Kelab Taat Suami berkata kehidupan berpoligami bersama empat isteri bukan berlandaskan kepada nafsu semata-mata sebaliknya kerana kehendak dan keizinan Allah untuk beliau berbuat demikian.

“Saya tidak mengambil sebarang ubat-ubatan atau makanan tambahan untuk menaikkan nafsu syahwat, sebaliknya nafsu saya timbul daripada hati dan niat yang bersih kerana Allah yang membenarkan dan memberikan modal untuk saya menyampaikan nafkah zahir dan batin, barulah isteri dapat mentaati Allah dan suami dengan akidah, iman dan keyakinan,” katanya.

Katanya, perkahwinan yang dibina bersama empat isteri terutama isteri yang baru dikahwininya tidak berlaku secara sengaja kerana ia bukan bermula atas dasar cinta sesama manusia tetapi kerana cinta mereka kepada Allah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular