Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 12 Jun 2011

Piala FA: Terengganu berpesta

KAPTEN Mazuki Yusof (kiri) serta pegawai dan pemain skuad Terengganu menaiki kereta pacuan empat roda sambil membawa Piala FA ketika diraikan oleh ribuan penyokong Terengganu di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu semalam.



TERENGGANU - SKUAD bola sepak Terengganu diraikan bagai wira oleh ribuan penyokong skuad Penyu itu sebaik sahaja mereka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu semalam.

Suasana di lapangan terbang tersebut mula gegak gempita seawal pukul 3 petang dengan paluan kompang serta rebana.

Tepat pukul 4 petang, kelibat jurulatih Irfan Bakti bersama barisan pemainnya mula kelihatan sebelum mereka disambut sorakan gemuruh daripada kira-kira 5,000 penyokong Terengganu.

Sejurus kemudian, kesemua pegawai, jurulatih dan pemain Terengganu dibawa menaiki kereta pacuan empat roda dan diarak bersama puluhan kenderaan menuju ke Dataran Shah Bandar.

Kelmarin, Terengganu menjulang Piala FA buat kali kedua sejak 2000 selepas menewaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular