Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 13 Jun 2011

Polis pantau Al-Arqam dipercayai masih aktif





KUALA LUMPUR - Polis sedang memantau pergerakan kumpulan Al-Arqam yang dipercayai masih aktif di negara ini walaupun bekas pemimpinnya, Ashaari Muhammad telah meninggal dunia, Mei tahun lalu.

Menurut sumber, pergerakan kumpulan itu tidak pernah berhenti, sebaliknya hanya menukar nama organisasi mereka.

"Al-Arqam hanya mengubah nama untuk mengelirukan masyarakat serta pihak berkuasa, tetapi sebenarnya tetap meneruskan objektif pergerakan mereka.

"Oleh itu, kita kini pantau pergerakan kumpulan terbabit sebagaimana kegiatan lain berbentuk pemesongan agama dan akidah umat Islam," katanya ketika dihubungi wartawan di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas satu rakaman wawancara bersama isteri Ashaari, Khatijah Aam atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah di dalam laman sosial, YouTube di Mekah, Mac lalu, yang mendakwa suaminya itu tidak mati sebaliknya ghaib.

Menurut Ummu Jah, Ashaari akan bergabung dengan Rasulullah SAW dan Imam Mahdi tidak lama lagi bagi menggerakkan aktiviti dan program kumpulan tersebut.

Ummu Jah turut mendakwa Rasulullah SAW telah muncul dan berdialog, serta memberi arahan kepadanya dalam bentuk cahaya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular