
KUALA LUMPUR — Pemain Sarawak, Kueh Wan May berjaya menebus kekecewaan kepada Ting Hie Phin pada perlawanan akhir perseorangan wanita acara ping pong di Sukan Malaysia 2008 dengan menjinakkan lawan dari Selangor itu pada Sukan Malaysia ke-14, di sini hari ini.
Pada final di Arena Tertutup Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini, Wan May meraih emas selepas menang dengan mata 4-3 (11-9, 11-7, 1-11, 11-9, 6-11, 6-11, 11-9).
Hie Phin mendapat perak sementara atlet Johor, Ho Ying dan seorang lagi atlet Selangor Lee Rou You, berkongsi pingat gangsa.
