Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 11 Jun 2011

Pekan lama Ipoh, tarikan baru




IPOH — Kerajaan negeri Perak mahu menjadikan kawasan Pekan Lama Ipoh yang juga dikenali sebagai “Old Town” sebagai kawasan pelancongan warisan yang dapat menarik pelawat tempatan dan luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelancongan Datuk Hamidah Osman berkata, kawasan pekan lama mempunyai pelbagai bangunan warisan yang telah digazetkan dan setiap bangunan berkenaan mempunyai daya tarikan tersendiri sama ada keunikan bangunan dan juga sejarahnya.

Bandar raya Ipoh dipisahkan oleh Sungai Kinta yang mengalir di tengah bandar dan memisahkan pekan lama dan pekan baru.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Hamidah berkata, antara produk pelancongan yang telah diperkenalkan sebelum ini ialah program “jejak warisan"

yang membolehkan pelawat dibawa melawat bangunan-bangunan warisan di situ oleh jurupandu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular