Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 10 Jun 2011

MU Singapura: Mi segera 'A1 Bak Kut Teh' halal

Mi segera jenama A1 ini diiktiraf halal oleh badan swasta yang menawarkan khidmat piawaian halal di Malaysia dan rantau Asia.




SINGAPURA - MI segera 'A1 Mee Bak Kut Teh', yang menjadi kebimbangan beberapa pengguna kerana dikhuatiri mengandungi daging babi, tidak mengandungi sebarang bahan haram.

Siasatan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan pasar raya Giant, yang menjual produk itu, menunjukkan ia diiktiraf Pusat Penyelidikan Makanan Islam (IFRC) - Bagi Malaysia dan Asia.

'Produk itu mengandungi bahan halal dan kilang pengeluarnya mengesahkan ia dihasilkan mengikut peraturan yang ditetapkan IFRC. Oleh itu, ia halal dimakan,' kata Eksekutif Perhubungan Pemasaran Giant, Cik Noordiah Ahmad Sani.

IFRC badan swasta yang menawarkan khidmat piawaian halal di Malaysia dan rantau Asia. Ia mendapat pengiktirafan antarabangsa Majlis Halal Sedunia pada 2007.

Menurut Cik Noordiah, rempah ratus yang digunakan dalam mi segera itu mengandungi bahan sayur-sayuran.

Seorang pengguna menghantar e-mel kepada Muis dan media, menyuarakan kebimbangannya tentang produk itu dan berkata 'Bak Kut Teh' bermaksud tulang babi.

Namun, penyelidikan Muis menunjukkan 'Bak Kut Teh' berasal daripada perkataan Hokkien yang bermaksud 'Sup daging rebus'.

'Produk berperisa 'Bak Kut Teh' boleh dibuat menggunakan daging babi, daging ayam atau perisa tiruan. Oleh kerana 'Bak Kut Teh' secara tradisional dikaitkan dengan daging babi, maka produk yang mempunyai nama itu boleh mengelirukan sesetengah pengguna Islam.

'Dalam hal ini, tiada daging disenaraikan dalam bahan yang digunakan,' jelas Muis dalam satu kenyatan menerusi e-mel kepada media.

Muis menasihatkan pengguna Muslim agar melihat tanda/logo halal atau periksa senarai bahan yang digunakan pada bungkusan produk bagi menentukan status halalnya.

Pengguna boleh juga tanya langsung kepada pengeluar produk bagi mendapatkan penjelasan tentang bahan yang meragukan sebelum membuat sebarang rumusan, ujar Muis.

Dalam situasi yang tidak pasti, pengguna dinasihatkan supaya menjauhi produk yang meragukan, tambahnya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular