Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 2 Jun 2011

Siasat pemilik Facebook ‘Harapan Rakyat’




KUALA LUMPUR – Seorang lelaki membuat laporan di Balai Polis Sentul menggesa polis menyiasat pemilik akaun laman sosial Facebook ‘Harapan Rakyat’ dipercayai milik seorang ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang didakwa menyiarkan gambar rumah dan keretanya tanpa kebenaran.

Shamsul Azra Mohd Hussain berkata, dia meminta polis menyiasat pemilik akaun itu kerana bimbangkan keselamatan keluarganya yang dirasakan terancam sejak gambar itu dimuat naik pada Rabu lalu.

Katanya, dia menyedari gambar itu dimuat naik selepas dimaklumkan oleh rakan-rakannya antara jam 8.15 hingga 11 pagi hari sama.

“Sejak gambar itu ada di Facebook, isteri saya mengadu melihat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di sekitar rumah saya.

“Saya harap polis dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana saya sangat bimbangkan keselamatan saya sekeluarga termasuk harta benda,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis petang semalam.

Menurutnya, dia percaya pemilik akaun sendiri mengambil gambar itu berdasarkan keterangan disertakan pada gambar itu.

Katanya, sejak gambar itu dimuat naik juga berlaku insiden cermin depan keretanya dipecahkan di Alamanda, Putrajaya dan dia percaya kejadian itu mempunyai kaitan gambar itu.

“Saya pelik kerana saya langsung tidak mengenalinya malah perkataan dalam gambar itu juga ternyata bukan saya dan mungkin berlaku kesilapan identiti dalam hal ini,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular