Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 2 Jun 2011

Suami dituduh pukul isteri




KUANTAN - Seorang suami dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam selepas menghadapi pertuduhan memukul isterinya di sebuah rumah pada 28 Mei lalu di sini kira-kira jam lima petang.

Tertuduh, Shahadan Norham, 51 dari Jalan Gambang-Kuantan di sini menghadapi pertuduhan itu di hadapan Majistret Nordiana Abdul Aziz dan Pegawai Pendakwa, Chif Inspektor Mohamad Azman Ariffin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, seorang warga asing berusia 50 tahun di sebuah rumah di alamat No.4/977 Batu 7 Jalan Gambang-Kuantan di sini pada tarikh tersebut.

Tertuduh menggunakan sebuah jag air plastik mengandungi ais dan menghentak di kepala mangsa. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Nordiana menetapkan ikat jamin sebanyak RM2,000 dan tarikh sebut semula kes itu pada 8 Jun depan.

Bagaimanapun, tertuduh yang ditangkap polis pada 29 Mei lalu itu gagal membayar ikat jamin tersebut dan dihantar semula ke Penjara Penor sebelum perbicaraan semula.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular