Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 2 Jun 2011

MP Dipilih Ketua Dewan Muslimat PAS Yang Baru

Siti Zailah Mohd Yusof





SHAH ALAM -- Anggota Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof dipilih sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat selepas memperolehi 385 undi untuk menewaskan penyandang Nuridah Mohd Salleh pada Muktamar Dewan Muslimat ke 51 di sini hari Khamis.

Siti Zailah memberitahu wartawan selepas pengumuman keputusan pemilihan bahawa kemenangannya itu membayangkan hasrat perwakilan Muslimat untuk kepimpinan lebih mantap di sayap Muslimat.

"Mereka ingin melihat kepimpinan Dewan Muslimat maju ke depan," katanya.

Antara faktor yang mungkin menyebabkan kemenangan beliau pada kali ini ialah pengalaman beliau sebagai ahli parlimen selama 10 tahun dan dalam Dewan Muslimat selama 30 tahun.

Siti Zailah berkata tiada perselisihan antara beliau dengan Nuridah dan pertandingan tersebut berlangsung dalam 'semangat adik beradik'.

Jawatan Timbalan Ketua pula dimenangi Anggota Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud yang mendapat 437 undi manakala Naib Ketua pula diraih oleh Mumtaz Md Nawi dengan 377 undi.

Ahli Jawatankuasa yang terpilih ialah Aiman Athirah Al-Jundi yang mendapat 497 undi, Exco Selangor Dr Halimah Ali (482), Dr Asiah Ali (470), Aida@Nurul Huda Yusof Rawa (433), Wan Ubaidah Omar (430), Kartini Ahmad (420), Mastura Mohamad (393), Normala Sudirman (348), Azizah Khatib Mat (342), Dr Rosni Adam (328), Dr Najihatussalehah Ahmad (309), dan Siti Ashah...(ulang)...Ashah Ghazali (267).

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular