Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 2 Jun 2011

Tindakan keatas The Malaysian Insider



KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan badan itu sudah menyerahkan hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwaraya Persekutuan (TPP) berhubung siasatan membabitkan portal akhbar The Malaysian Insider sebelum ini.

SKMM dalam kenyataannya menyatakan kesal dengan tindakan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) seperti disiarkan akhbar hari ini yang menurutnya membuat tuduhan melulu ke atas SKMM dan ia tidak wajar membuat serangan peribadi terhadap mana-mana pihak.

“SKMM ingin memaklumkan siasatan yang dijalankan terhadap mana-mana pihak membabitkan beberapa perkara dan prinsip utama iaitu pertama, kuasa menguatkuasakan undang-undang dan kedua, kuasa-kuasa menyiasat kerana kedua-duanya berada di bawah had bidang SKMM dan ketiga, kuasa mendakwa yang berada di bawah Timbalan Pendakwaraya Persekutuan (TPP).

“Berhubung dakwaan bahawa SKMM berdiam diri adalah tidak benar sekali, malah SKMM memanggil JMM untuk mengambil keterangan mereka berhubung isu terbabit,” kata kenyataan itu.

SKMM berkata, bagi perkara membabitkan soal siasatan badan itu, tidak semuanya boleh dikongsi dengan mana-mana pihak bagi memastikan ia tidak menjejaskan proses siasatan.

“Dengan penjelasan ini, SKMM amat berharap orang ramai akan memahami kedudukan SKMM. Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang boleh dikongsi, SKMM akan mengemukakan maklumat ini kepada orang ramai pada masa yang bersesuaian,” katanya.

JMM mempersoalkan kenapa SKMM tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap The Malaysian Insider yang didakwa sering mencetuskan provokasi. Menurut JMM, portal berita itu secara jelas serta sengaja sering mencetuskan provokasi perkauman, penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu dan fitnah terhadap pemimpin negara.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular