
KUALA LUMPUR - Hentian Tanjung Malim arah utara di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup selama tiga bulan bermula Selasa ini sehingga awal September bagi kerja naik taraf.
PLUS Expressways Berhad dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata bagaimanapun stesen petrol di situ akan beroperasi seperti biasa bagi memudahkan pengguna.
Bagi pengguna lebuh raya yang ingin berhenti rehat pula, mereka dinasihatkan berbuat demikian sama ada di Kawasan Rawat dan Rehat Rawang atau Hentian Behrang.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi PLUSLine di talian 1800 88 0000.
