Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 8 Jun 2011

Ustaz Osman Jantan Singapura meninggal dunia

Allahyarham Ustaz Osman banyak berjasa dalam pembangunan awal pertubuhan agama di Singapura.



SINGAPURA - Tokoh agama dan penulis dakwah mapan, Ustaz Osman Jantan, meninggal dunia 3.30 petang semalam di Hospital Besar Singapura (SGH).

Menurut anak sulungnya, Cik Nur Hanan Osman, Allahyarham, 74 tahun, dimasukkan ke SGH sekitar dua minggu lalu kerana mengalami kegagalan ginjal tahap akhir.

'Sabtu lalu, doktor memberitahu kami bahawa beliau dalam keadaan kritikal kerana ada darah beku di jantungnya,' kata Cik Nur Hanan, 45 tahun.

Jenazah Allahyarham, yang berada di rumah adik beliau di Blok 285A, Toh Guan Road, akan dibawa terus ke tanah perkuburan sekitar 10 pagi ini.

Allahyarham diserang penyakit angin ahmar Ogos tahun lalu dan sejak itu memerlukan terapi.

Beliau dirawat rumah penjagaan Orange Valley Nursing Home sejak November lalu. Ketika dikunjungi Berita Harian di rumah penjagaan itu Disember lalu, Allahyarham kelihatan lemah tetapi boleh berbual dan bergerak sedikit.

Allahyarham turut dikenali ramai sebagai pembimbing haji dan mengetuai rombongan haji menerusi agensi pelancongan Hahnemann Travel and Tours.

Sejak diserang angin ahmar di sebelah kiri tubuhnya, Allahyarham, yang kidal, tidak banyak lagi menulis kerana tangan kirinya lemah.

Allahyarham mempunyai lima anak, termasuk dua anak tiri daripada perkahwinannya dengan Ustazah Chik Syed Othman. Salah seorang anak tirinya, Encik Ahmad Hahnemann Abdul Kadir, pengarah urusan Hahnemann. Beliau difahamkan sedang berada di Madinah.

Dilahirkan di Melaka, Allahyarham mendapat pendidikan awal di Malaysia sebelum menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Singapura dan menjadi seorang guru.

Allahyarham banyak berjasa dalam pembangunan awal pertubuhan-pertubuhan agama di Singapura, seperti Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Islam Singapura (Pergas).

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular