Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 15 Jun 2011

Warga Singapura didakwa rasuah 5 pemain bola T-Team





SEREMBAN – Seorang lelaki warganegara Singapura dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini terhadap lima pertuduhan memberi rasuah bernilai RM23,000 kepada pemain bola sepak Piala Presiden T-Team bagi mengatur keputusan perlawanan dengan pasukan Negeri Sembilan pada Mei tahun lepas.

R.K. Rajendran, 51, didakwa memberi suapan berjumlah antara RM2,000 hingga RM7,000 kepada lima pemain skuad T-Team di sebuah rumah di Taman Bidara, Seremban pada 7 petang, Mei tahun lepas.

Bagaimanapun, Rajendran mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memberi rasuah kepada Mohd Izwan Mat Ali sebanyak RM2,000, Mohd Nadzmeer Mohammad (RM4,000) Mohd Azuan Hussien (RM5,000), Muhammad Shariquddin Ibrahim (RM5,000) dan Mohd Hafiz Mohd Noor (RM7,000).

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Asri Abd Rahman Sidik memohon supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu kerana Rajendran mempunyai kes yang sama di mahkamah negeri itu.

Hakim Datin Nursinah Adzmi mengarahkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes itu disebut semula di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada 30 Jun ini.

Ahli perniagaan itu turut didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pagi tadi atas pertuduhan yang sama iaitu didakwa mengatur perlawanan antara skuad T-Team dengan pasukan Selangor pada Mac tahun lepas.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular