Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 15 Jun 2011

Pameran Tamadun Islam di Taman Rempah




MELAKA — Pameran Tamadun Islam yang menghimpunkan kira-kira 200 artifak sejarah ketika zaman kegemilangan tamadun Islam seperti peralatan perang, peralatan adat dan budaya dijangka menarik 10,000 orang pengunjung.

Eksekutif Penerangan, Dynasty Event Sdn. Bhd., Ab. Aziz Said berkata Melaka merupakan destinasi ketiga pameran itu yang diadakan di Taman Rempah di sini mulai hari ini sehingga 3 Julai.

"Satu lagi artifak kita pamerkan tanduk kerbau batu (fosil) dari Indonesia dipercayai berusia 100,000 tahun dan pedang Laksamana Cheng Ho ketika zaman kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, bakal menarik perhatian ramai pengunjung pameran itu,” katanya pada sidang media di Taman Rempah di sini, hari ini.

Turut menarik tumpuan bakal pengunjung, peralatan perang ketika zaman kegemilangan kerajaan Islam Othmaniah antaranya enam bilah pedang perang dari kurun ke-15, baju berantai perang dan meriam perang Islam.

Beliau berkata, kesemua artifak sejarah itu asli bukan replika dan dibawa masuk dari Indonesia, Thailand, China serta Arab.

"Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk melihat sendiri peralatan astronomi yang digunakan ketika zaman Islam dan juga Eropah seperti penyukat hujan dan kitab astronomi,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular