Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 3 September 2012

‘Baik saya diam diri’ - Sham Kamikaze

KUALA LUMPUR - “Saya tak mahu cakap apa-apa mengenai perkara itu. Lebih baik tunggu saja,” kata pemuzik dan pendakwah bebas, Sham Kamikaze, 36.

Beliau ketika dihubungi wartawan petang semalam bercakap dalam nada ‘bengang’ apabila diminta mengulas mengenai tindakan isterinya, Farazila Abdul Jabar, 31, yang dilaporkan sudah memfailkan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada 30 Ogos lalu.

“Dalam Islam pun dilarang manusia untuk membuka aib sesiapa, oleh itu lebih baik saya berdiam diri!,” katanya. Difahamkan, kes perceraian mereka akan disebut dalam mahkamah berkenaan pada 27 September ini.

Sebelum ini, Farazila dilaporkan mengambil keputusan itu (memfailkan perceraian) selepas pelbagai usaha dilakukan bagi menyelamatkan kemelut rumah tangganya dengan Sham atau nama sebenarnya, Shamril Mohd Salleh. Farazila juga mendakwa mereka hanya mengecapi nikmat kebahagiaan dalam perkahwinan pada tahun pertama dan selepas itu krisis rumah tangga mula melanda. Namun dia enggan mendedahkan punca utama kenapa dia memohon cerai kerana ia terlalu peribadi.

Pasangan itu bernikah pada 17 Ogos 2008 secara rahsia di Batu Pahat, Johor.

Terdahulu, Sham yang juga komposer dan gitaris kumpulan rock mengejut peminatnya apabila mengambil keputusan meninggalkan bidang seni yang disertainya sejak sekian lama.

Sham ketika itu akui dia menerima hidayah daripada Allah dan mengambil keputusan melakukan kerja sebagai pendakwah bebas.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular