Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 23 September 2012

Najib hadiri perkahwinan Diraja Brunei

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (kanan) dan Raja Isteri, Pengiran Anak Hajah Saleha (kiri) berkenan bergambar dengan Puteri Sultan Brunei, Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan pasangannya, Pengiran Muhammad Ruzaini pada Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja di Istana Nurul Iman, hari ini.





BANDAR SERI BEGAWAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini bagi menghadiri Majlis Santapan Diraja sempena perkahwinan anakanda Sultan Brunei Darussalam, malam ini.
  
Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada pukul 5 petang tadi disambut Menteri Tenaga Brunei Darussalam Pehin Dato Dr Mohammad Yasmin Umar dan Menteri Luar dan Perdagangan Kedua negara berkenaan Pehin Datuk Lim Jock Seng.
  
Sejurus tiba di hotel penginapannya, Najib disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam Datuk Abdullah Sani Omar dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
  
Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Nurul Iman sempena perkahwinan puteri Sultan Brunei Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Pengiran Muhammad Ruzaini yang dijadual 8 malam ini.
  
Istiadat persandingan mempelai diraja itu berlangsung penuh meriah dan beradat pagi tadi selepas diijabkabul pada Khamis.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular