Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 26 September 2012

Busu bahagia miliki tiga isteri


Busu (tiga, kanan) bersama tiga isterinya bergambar bersama ahli panel dan jawatankuasa program setelah menerima Anugerah Khas Pemimpin Masyarakat Keluargaku Bahagia.



KUALA TERENGGANU – Membina mahligai bahagia bersama tiga orang isteri bukan satu halangan untuk Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) melaksanakan tugas sebaik mungkin sehingga melayakkan beliau menerima Anugerah Khas Pemimpin Masyarakat Keluargaku Bahagia.

Memegang jawatan sebagai Pengerusi JKKK Pantai selama 12 tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek namun kepercayaan penduduk di kawasan berkenaan terhadap kewibawaannya mengukuhkan lagi kedudukan itu.

Busu Yaacub, 67, mempunyai 13 anak dan 24 cucu menggalas tanggungjawab diamanahkan dengan baik walaupun terpaksa membahagikan masa bersama isteri pertama, Fatimah@Dayang Muda, 67, isteri kedua, Zainun Abu Bakar, 57 dan isteri ketiga, Aminah Ibrahim, 47.

“Sekiranya saya perlu ke luar negeri atas urusan kerja, ketiga-tiga isteri akan ditinggalkan di kampung supaya memudahkan pergerakan saya selain tidak mahu ada yang berkecil hati.

“Alhamdulillah mereka (isteri) memahami komitmen kerja saya dan sentiasa memberi sokongan dalam setiap tugasan yang perlu dilakukan,” katanya pada Forum Perdana Cakna Keluarga Indahnya Hidup Berkeluarga di Dewan Tunku Abdul Rahman di sini kelmarin.

Forum anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bandar turut dihadiri ahli panel seperti Muhammad Ramli Nuh dan Datuk Siti Nur Bahyah Mahmood bagi mengupas isu kekeluargaan.

Menurut Busu walaupun dia mempunyai kelebihan menguruskan keluarga dan tugas dengan baik namun dia tidak menggalakkan anaknya untuk berkahwin lebih daripada seorang.

“Saya tidak pernah memberi galakan kepada anak untuk menjejak langkah saya agar berkahwin lebih daripada satu tetapi sekiranya sudah ditakdirkan, saya menerimanya dengan reda,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular