Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 24 September 2012

Vanidah Imran: Isu jatuh talak hanya salah faham

Vanidah Imran dan Rashidi




KUALA LUMPUR - Aktres, Vanidah Imram menganggap lafaz cerai yang berlaku di dalam filem Untuk Tiga Hari, hanyalah salah faham dan mohon tidak memanjangkan isu tersebut.

Vanidah yang mesra di sapa Vee turut meminta masyarakat menonton filem tersebut terlebih dahulu sebelum meletakan apa-apa spekulasi terhadap rumah tangganya.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat memberi komen panjang mengenai perkara ini. Bagi mereka yang kurang jelas mengenai isu lafaz talak ini, seeloknya menonton filem ini terlebih dahulu," katanya yang mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar semalam yang menggesa dia dan Rashidi hadir ke Jabatan Agama Islam berikutan lafaz
cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.

Menerusi filem Untuk Tiga Hari, Vanidah dan Rashidi masing-masing menjayakan watak Ujie dan Affin yang terpaksa membuat keputusan berkahwin untuk tiga hari dengan pasangan masing-masing kerana tidak mahu menghampakan keluarga, walaupun saling mencintai.

Affin (Rashidi) berkahwin dengan Juwita (Ayu Raudhah) manakala Ujie (Vanidah) berkahwin dengan Armi (Afdlin Shauki yang juga sutradara filem ini).

Bagaimanapun, pada hari ketiga Ujie mengambil keputusan untuk meneruskan perkahwinannya dengan Armi dan menganggap soal jodoh bukan soal yang boleh di buat main-main manakala Affin tetap menceraikan Juwita dengan talak tiga pada hari ketiga perkahwinan mereka.

Bagi yang mahu mengetahui keseluruhan filem yang diadaptasi dari novel berjudul sama karya Ahdiat Akasya masih sempat menonton filem ini yang masih ditayangkan di pawagam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular