Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 10 September 2012

Pengawal peribadi kerabat diraja didenda peras ugut




JOHOR BAHRU - Seorang pengawal peribadi kerabat diraja didenda RM10,000 dan diarah membayar wang pampasan RM40,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas didapati bersalah memeras ugut seorang kontraktor, dua tahun lepas.
  
Majistret Noor Aisyah Ahmad membuat keputusan berkenaan terhadap Ahmad Asri Mohd Redzuan, 35, atau dikenali sebagai Milo, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah, di akhir kes pendakwaan.
  
Noor Aisyah mengarahkan tertuduh dikenakan penjara 36 bulan sekiranya dia gagal membayar denda itu dan penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar wang pampasan kepada mangsa, hari ini.
  
Beliau mengguna pakai Seksyen 426 Kanun Acara Jenayah untuk mengarahkan Ahmad Asri membayar wang pampasan terbabit.
  
Mengikut pertuduhan pindaan, Ahmad Asri yang masih bujang itu didakwa dengan sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada Zainal Awang, 53, dengan meminta menyerahkan dua keping cek berjumlah RM40,000 bagi mengelakkan hubungan sulit Zainal dengan seorang wanita didedahkan kepada keluarga.

Dia didakwa melakukan kesalahan terbabit di tempat letak kereta Perling Mall, di sini, antara 3 dan 4 petang 21 September 2010.
  
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.


PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular