Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 24 September 2012

Ketua Pemuda Parah Ditikam






AMPANG JAYA - “Saya ingat bunyi bising di luar rumah adalah pergaduhan keluarga jiran, namun terkejut selepas mendapati jiran saya terbaring berlumuran darah selepas cedera parah di perut dan tangan kiri,” kata Azim Shaharbudin, 24, jiran Ketua Pemuda Umno Bahagian Kepong, Datuk Norizan Ali, 41, yang parah ditikam dua lelaki, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi di Taman Dagang, di sini, mangsa dikatakan baru pulang dari menonton perlawanan bola sepak di sebuah restoran berhampiran rumahnya dan ketika meletak kereta di luar pagar rumah tiba-tiba mangsa diserang dua lelaki terbabit.

Mangsa dikatakan bergelut dengan suspek sebelum ditikam dengan senjata tajam, tetapi sempat berlari sejauh 30 meter untuk meminta bantuan keluarganya dengan mengetuk pintu pagar.

Azim berkata, ketika kejadian dia menonton perlawanan bola sepak sebelum dikejutkan dengan bunyi bising disusuli bunyi ketukan pintu pagar rumah beberapa kali.

Katanya, dia menyangka bunyi itu adalah pergaduhan, namun tidak sedap hati apabila mendengar suara lelaki meminta tolong sambil menahan kesakitan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular