Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 12 September 2012

Remaja disyaki lari ikut teman lelaki

Nur Husna Nasri


SHAH ALAM –“Husna, pulanglah nak. Ibu tengah sakit sekarang,” rintih Hamidah Maun, 47, kepada anak perempuan bongsunya, Nur Husna Nasri, 16, yang menghilangkan diri dari kediaman keluarga itu di Seksyen 20, sejak seminggu lalu.

Hamidah berkata, anak bongsu daripada tiga adik-beradik yang mesra dengan panggilan Adik itu hilang selepas meminta kebenaran bapanya, Nasri Sohod, 51 untuk keluar beraya bersama rakan, di sini, 7 September lalu.

Bapanya, Nasri berkata, pada kira-kira jam 5.30 petang hari kejadian, Husna memaklumkan mahu keluar beraya dan memberitahu rakannya sedang menunggu di bawah.

“Husna nak ke mana? saya tanya dia dan dia menjawab nak pergi beraya dengan kawan. Kawan sudah tunggu di bawah. Tidak lama kemudian dia turun ke bawah, saya tidak sedar kerana tertidur selepas pulang dari kerja.

“Sejam kemudian baru saya tersedar dan jiran memaklumkan dia nampak Husna keluar bawa beg besar,” katanya semalam.

Katanya, dia ada bertanyakan mengenai anak gadisnya itu kepada beberapa rakan sekolah dan mereka memaklumkan yang dia mempunyai empat orang teman lelaki dari Kuala Lumpur, justeru kemungkinan besar dia lari mengikut salah seorang daripada mereka.

“Saya merayu Husna pulang kerana ibunya sudah seminggu tidak selera makan dan tidak bekerja. Lagipun ibunya akan menjalani pembedahan kanser rahim pada hujung bulan ini.

Dia berkata, pihak polis sedang menyiasat kehilangan anaknya itu dan risalah berserta gambar Nur Husna sudah diedarkannya di sekitar Shah Alam, Klang dan Putrajaya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah mengesahkan menerima laporan kehilangan remaja berkenaan dan sedang melakukan siasatan bagi mengesannya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular