Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 26 September 2012

Ugut simbah asid bekas isteri enggan rujuk


KUALA LUMPUR - Gila talak. Itu gelaran yang diberikan kepada seorang lelaki berusia 40-an yang mengupah samseng untuk mengugut bekas isterinya dengan perkataan lucah selain mengugut untuk menyimbah asid hanya kerana niatnya untuk rujuk semula ditolak bekas isterinya itu.

Mangsa berumur 36 tahun yang bekerja di pejabat guaman kini trauma untuk bersendirian selepas orang upahan suaminya itu mengekorinya hingga ke kawasan pejabatnya di Jalan Sultan Ismail, di sini.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sarinah berkata, dia menerima panggilan misteri daripada seorang lelaki yang mengugut untuk membunuhnya sejak seminggu lalu dan apabila rakan sekerjanya menjawab panggilan, lelaki itu memaki mereka dengan perkataan lucah.

“Pada jam 4 petang kelmarin ketika berada di pejabat, saya menerima panggilan dan lelaki itu mengaku dia diupah bekas suami.

“Bekas suami tidak puas hati kerana saya enggan rujuk semula,” katanya, semalam.

Beliau berkata, sebelum ini, dia membuat laporan polis ke atas bekas suaminya itu dan lelaki itu ditahan, namun selepas dibebaskan, dia mengulangi perbuatannya itu.

“Dalam kejadian terbaru jam 7 malam kelmarin, seorang lelaki menunggu di hadapan pejabat dengan motosikal dan apabila saya hendak berjalan ke kereta, lelaki itu memecut ke arah saya dan saya bernasib baik kerana sempat melarikan diri semula ke dalam bangunan pejabat.

“Dengan bantuan rakan sepejabat, saya turun semula ke kereta dan selepas keluar ke jalan besar, lelaki terbabit mengekori saya menyebabkan saya memandu ke Balai Polis Dang Wangi untuk keselamatan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular